Thursday, 7 November 2013

PELAN SIMPANAN TAKAFUL HAJI DAN UMRAH i-GREAT AMAL ( intro)



 ASSALAMUALAIKUM...

Mengerjakan haji adalah 1 kewajipan untuk semua umat islam yang berupaya dan mampu, manakala umrah pula adalah ibadah yang digalakkan. Seorang yang beragama islam mestilah memberikan sepenuh tumpuan dari segi rohani dan jasmani dalam mengerjakan ibadah ini serta tidak memikirkan atau merisaukan tentang duniawi. Berdasarkan keperluan inilah, kami telah mengeluarkan pelan ini untuk anda. Umat islam kini boleh mengerjakan haji atau umrah tanpa sebarang keraguan mengenai status kewangan ataupun perlindungan mereka semasa mengerjakan rukun islam yang ke- 5 ini. Yakin sepenuhnya. Tenangkan jiwa anda. Kerjakan ibadah anda dengan ketenangan minda.

Memperkenalkan i-Great Amal, pelan takaful keluarga bertempoh yang mampu dimiliki, yang akan membantu anda dalam menguruskan status kewangan dan memberikan perlindungan untuk anda sepanjang perjalanan dalam memenuhi keperluan rohaniah anda.



SIAPA YANG LAYAK

  •   Min : bayi berusia 30 hari
  •  Max : 60 tahun
  •  Muslim sahaja
  •   Warganegara Malaysia
jj


TAHUKAH ANDA??

  • 1) Untuk membuka Akaun Tabung Haji anda perlu bermula dengan RM250.
  • 2) Anda tidak akan dimasukkan di dalam senarai menunggu secara automatik walaupun anda telah memiliki akaun Tabung Haji. Untuk dimasukkan di dalam senarai menunggu, anda haruslah memiliki simpanan sebanyak RM 1,300 (di bekekukan) di dalam akaun Tabung Haji.
  • 3)  Badal haji hanya dilakukan jika penyimpan akaun Tabung Haji mengisi borang tambahan.
  • 4) Walaupun simpanan sudah mencukupi anda tetap tidak layak untuk pergi (haji) jika belum tiba gilaran  anda. Jika anda telah ada RM 1,300 (DAFTAR 01/04/2013) dan di daftarkan didalam senarai menunggu Tabung Haji, jangkaan anda akan pergi  adalah pada tahun 2060




KENAPAKAH ANDA PERLU MEMILIKI AKAUN SIMPANAN HAJI/UMRAH DARI GREAT EASTERN TAKAFUL (i-great amal)

  • 1) Anda boleh membuka Akaun Simpanan Haji/Umrah di Great Eastern Takaful serendah RM 50
  • 2) Tak perlu risau tentang RM 1,300 (pendaftaran menunggu giliran). Walau pun anda belum mendaftar di tabung haji, anda juga boleh memiliki Akaun Simpanan Haji/Umrah di Great Eastern Takaful Sdn Bhd.
  • 3) Anda akan dilindungi oleh Manfaat Badal haji RM 3,000, Khairat kematian RM 2,000 dan manfaat kematian minimun RM 10,000 jika anda membuka Akaun Simpanan Haji/Umrah di Great Eastern Takaful Sdn Bhd.
  • 4)  Anda tidak perlu risau tentang rukun Islam ke 5 kerana anda akan Di HAJIKAN..

No comments:

Post a Comment